10 TIPS CAT RUMAH IDAMAN ANDA

10 TIPS CAT RUMAH IDAMAN ANDA

Tips membantu anda mengecat rumah dengan baik:

  1. Cuaca
    Cuaca memainkan peranan penting dalam mengenalpasti kekeringan permukaan dinding. Cat yang telah di lapisi perlu di pastikan benar-benar kering sebelum di alas dengan lapisan baru. Mengecat ketika hujan dan cuaca yang mendap boleh menyebabkan permukaan cat lambat kering sekaligus boleh menyebabkan permukaan cat tidak menjadi seperti yang di kehendaki.
  2. Permeriksaan permukaan dan buat persediaan
    Buat pemeriksaan permukaan dinding. Pastikan tiada retak halus yang akan mencacatkan pemndangan. Jika perlu sealer, plaster dan skim pastikan anda masukkan sekali kedalam kos pembelian anda di kedai hardware nanti. Persediaan permukaan sangat penting bagi memastikan dinding yang di cat rata dan tiada kesan yang tidak memuaskan hati anda.
  3. Alatan mengecat yang berkualiti
    Kebarangkalian ada mengecat rumah adalah setiap 2-3tahun sekali. Pastikan alatan mengecat adalah berkualiti bagi memastikan lapisan cat rata dan mampu melindungi cat lama anda. Jangan kerana alatan yang anda beli tidak sesuai dengan permukaan dinding anda akan merasa kecewa.
  4. Ruang sempit
    Ruang sempit susah untuk di capai. Alatan mengecat biasa tak mampu mencapai celahan. Pastikan anda sudah kenalpasti celahan dan ruang sempit serta alatan yang sesuai dengan kerja bekenaanBungkus perabot
  5. Tanggalkan soket dan suis elektrik
    Sering sekali kita tinggalkan perkara ini. Ia kerja yang mudah tetapi nampak leceh. Jika kita ambil sedikit masa untuk menanggalkan soket dan suis saya pasti kemasan akan nampak lebih baik dengan beza warna dinding dan soket membuatkan warna kontra. Sedikit calitan pada soket dan suis elektrik memedihkan mata memandang.
  6. Gunakan Primer/Sealer
    Primer/Sealer berguna sebagai pelekat tambahan pada cat top coat. Ia memberikan perlidungan menutup ruang-ruang yang poros dan melindungi cat lama dari timbul dan mmpengaruhi cat top coat. Dinding bermasalah juga perlu di cat dengan sealer atau primer bagi tujuan melindungi cat dari terkesan sama dengan dinding bermasalah.
  7. Satukan cat anda
    Satu Bilik memerlukan 2x5liter cat topcoat. “Teh Tarik” kan kedua-dua cat anda dan jadikan satu campuran yang sekata. Ia akan membuatkan tona warna anda satu bilik sama dan sekata. Pastikan 2 lapis cat untuk memadam cat asli dinding. Saya penuh yakin anda puas.
  8. Biarkan roller berkerja
    Memaksa roller untuk memerah cat kedinding melelahkan anda. Biar kan ia berputar dan bekerja mengikut keselesaan anda. Lebih anda memerah tenaga menekan roller untuk mengecat, anda akan sakit pinggang dan cepat letih. Santailah, biarkan roller bekerja.
  9. Cat dari atas ke bawah
    Orientasi kiri-kanan / kanan-kiri / Bentuk “W” memainnan peranan penting. Tapi , mulakan dari atas ke bawah. Kenapa? Graviti. Graviti akan menyebabkan cat meleleh kebawah dan kadar rata untuk cat bawah-atas tidak sesuai. Pastikan kerja mengeat anda melalui proses cat dari atas kebawah. Jika tidak anda akan melihat kemasan cat anda tebal di bawah dan nipis diatas.
  10. Cat 1/1
    Siapkan dinding 1 muka ke 1 muka. Jangan berpindah ke muka dinding baru jika 1 kawasan dinding belum siap. di cat Cat tak cukup, masa kekeringan muka dinding tidak sekata, warna berbeza dan paling teruk sekali projek tak siap.
Get in touch

Lot 1658C , Jalan Dahlia
Kg Sg Ramal Dalam
43000 Kajang”
Selangor

temujanji@tukangcat.my
sales@tukangcat.my

Phone : +6 03-89124006
H/P : +6 0133810039

Undur

Your message has been sent

Amaran
Amaran
Amaran
Time(required)

Amaran
Amaran
Amaran!

Tinggalkan komen