6 Sebab kenapa cat minyak pada Pagar & Pintu Besi

6 Sebab kenapa cat minyak pada Pagar & Pintu Besi

Mengecat pagar dan pintu besi mempunyai pelbagai fungsi.

1. Memelihara
2. Mencantikkan.


Mengecat besi berbeza dengan mengecat dinding konkrit, siling atau lantai. Jenis cat yang kami gunakan adalah cat berasaskan minyak. Kenapa?

1. OKSIDA & KARAT

Besi yang terdedah mudah karat dan teroksida dengan cepat jika tiada lapisan perlindungan. Cat minyak memberikan perlidungan kepada besi untuk melindungi besi dari berkarat.

2. ‘HYDROPHOBIC’

Cat minyak bersifat ‘hydrophobic’. Air tidak akan meresap ke dalam besi untuk teroksida dan sekaligus menangkis resapan air di celahan besi

3. ‘OUTDOOR’

Cat minyak sangat sesuai di guna di luar yang terdedah kepada cahaya matahari. Kilatan pada permukaan cat tersebut memantulkan cahaya yang sekaligus memberikan gambaran kontra pada keseluruhan struktur.

4. TAHAN LAMA

Cat minyak bertahan lebih lama jika penggunaan cat mengikut prosedur yang betul. Lekatan permukaan pada besi lebih mencengkam dan tidak mudah terkopek. NAMUN jika aplikasi cat tidak memgikut prosedur yang betul kualiti cat akan berkurangan.

5. RATA

Apabila mengecat menggunakan berus akan terdapat kesan berus di permukaan cat. Jangan risau cat minyak bersifat meratakan cat sekaligus menghilangkan kesan berusan permukaan besi.

6. MUDAH DIBERSIHKAN

Cat minyak yang sudah kering mudah di bersihkan dari kotoran. Permukaan yang licin hanya perlu mengelap sahaja boleh membersihkan kekotoran dari besi tersebut.

Tinggalkan komen