Roller cat tak semua sama. Pilih berus roller yang betul.

ROLLER CAT TAK SEMUA SAMA. PILIH BERUS ROLLER YANG BETUL

Roller cat mengecat permukaan yang luas, rata dan menjimatkan masa di bandingkan dengan berus. Kami di tukangcat.my menggunakn berus untuk mengecat trim, sudut sempit dan kemasan. Roller cat pula akan di gunakan untuk permukaan dinding atau siling yang luas. Pelbagai jenis roller cat di pasaran sehinggakan sukar untuk memilih mana berus roller yang betul dan berkesan. Kami kongsikan tip bagaimana memilih berus roller untuk mengecat.

  1. SAIZ ROLLER CAT

Roller cat di datangkan dengan pelbagai saiz dari 2inchi – 18inchi. Saiz biasa yang di jual di kedai hardware dan kedai DIY kebiasaan adalah 7inchi dan 9inchi untuk saiz besar. Manakala untuk saiz kecil 2inchi dan 4 inchi.

2. KETEBALAN BERUS

Kesilapan yang kerap berlaku adalah memilih ketebalan berus yang salah. Ketebalan berus roller di tentukan dengan tekstur permukaan.
5mm-7mm – Permukaan yang halus/licin seperti pintu besi dan plaster.
11mm-13mm – Permukaan licin dan semi-licin seperti dinding dalaman dan plaster
20mm – Permukaan separa kasar seperti dinding luar, siling dan kayu
25mm – Permukaan Kasar dinding bertekstur atau dinding luar

3. MAATERIAL

Terdapat pelbagai jenis material dari bahan berus roller.

Bahan fiber sintetik :
Acrylic : Material ini mempunyai kadar serapan yang tinggi dan mengecat permukaan yang luas. Serbaguna untuk dinding dalaman dan siling

Span : Komponen polyrethane. Span ini banyak di gunakan untuk cat minyak. Boleh di gunakan untuk dinding licin seperti kemasan kayu dan besi.

Micro-Fiber : Fiber yang sangat halus, kemasan yang sangat baik. Di gunakan untuk cat yang rendah kepekatan dan rendah ketembusan. Kebiasaan di gunakan untuk cat primer permukaan besi.

Nylon : Fiber ini sangat tahan lasak. Di gunakan untuk coating, thinner, tupertine, epoxy. Juga di gunakan untuk coating compaund dalam industri.

Polyamide : Kegunaan berus ini universal, tahan lasak, kadar serapan yang tinggi dan luas kawasan mengecat. Di gunakan untuk cat emulsi, cat latex, cat kilat dan cat enamel.

Get in touch

Lot 1658C , Jalan Dahlia
Kg Sg Ramal Dalam
43000 Kajang”
Selangor

temujanji@tukangcat.my
sales@tukangcat.my

Phone : +6 03-89124006
H/P : +6 0133810039

← Back

Your message has been sent

Time(required)

Tinggalkan komen