
Kata Pakar : 10 Alatan Penting Semasa Mengecat
- CAT
Bagaimana nak mengecat jika tiada cat? Maaf hanya gurauan.
Begini, pemilihan cat amat penting merujuk kepada beberapa faktor utama.
Kegunaan : Luaran / Dalaman / Kayu/ Besi / Dinding / Lantai
Kemasan : Kilat / Separa Kilat / Matt / Satin
Asas : Minyak / Air / Emulsion
Warna : Tema / Asli / Gelap / Terang
Tatacara : Berus / Roller / Spray
Tuan/Puan di sarankan agar membuat kaji-selidik berkenaan dengan cat yang akan tuan gunakan agar tidak berlaku kesilapan di kemudian hari. Sepakar mana pun kami, dengan teknologi cat yang semakin maju kami juga akan membuat kaji-selidik penggunaan cat tersebut baik dari sudut kesihatan, penggunaan dan tatacara. Terutama pada produk cat baru yang di lancarkan dan di kemaskini. Ambil sedikit masa untuk mencari inspirasi warna yang sesuai dengan dinding anda.


2. BERUS
Ramai yang merasakan berus adalah pemilihan yang sekadar cukup syarat. Namun pakar kami amat menitik beratkan penggunaan berus. Berus cat memainkan peranan penting dalam kemasan yang teliti. Pemilihan berus berdasarkan penggunaan. Kata pakat pilihan 2″ dan 4″ berus untuk kemasan sudut-sudut sempit memadai. Berus juga mempunyai ciri-ciri pengunaan yang berbeza.
3. ROLLER DAN EXTENSION POLE
Tahukah anda roller mempunyai pelbagai jenis. Untuk cat luaran roller yang akan anda gunakan adalah daripada saiz “nap” yang tebal. Manakala untuk cat dalaman saiz”nap” yang nipis akan kami gunakan. Manakala untuk menggunakan cat berasaskan minyak berus roller yang khas sintetik akan kami gunakan untuk memastikan kemasan dan cat melekat pada permukaan yang hendak di cat. Salah pilih berus roller akan mengakibatkan kemasan permukaan yang akan pasti tidak inginkan. Baca label berus tersebut sebelum membeli. Saiz kelebaran juga amat kami ambil kita. 9″-7″-4″ adalah berus roller kegemaran kami. Manakala extension pole terdapat dari kepanjangan 5m – 2m dan boleh di ubah mengikut kesesuaian tinggi dinding. Extension pole sangat-sangat membantu dalam mengecat di sudut yang tinggi.


4. SCRAPPER / PUTTY KNIFE
Scrapper banyak di gunakan untuk mengikis menampal dan membaiki permukaan yang tidak rata. Tanpa alat ini permukaan yang rosak atau terkopek tidak memberikan kemasan yang di ingini. Laburkan sedikit membeli alat ni saya pasti akan banyak membantu dalam proses mengecat anda. Scrapper atau putty knife banyak kegunaan pastikan anda ada alat ini sebelum mengecat.

5. ‘PUTTY’ atau DEMPUL
Proses membaiki rekahan kecil, bekas tebukkan skru pada dinding dan dinding tak rata pakar kami akan gunakan putty untuk menutup kecacatan tersebut. Putty bancuh sedia banyak di jual di kedai-kedai hardware dengan harga yang murah. Sediakan sebagai backup semasa mengecat. Saya yakin jika anda meneliti dinding anda pasti anda perlukan bahan ini sebagai sandaran.
6. KERTAS PASIR
Permukaan yang di plaster/skim/putty kadangkala tidak rata. Maka kertas pasir adalah bertujuan meratakan permukaan.
Namun tahukah anda jika anda mengosok kertas pasir pada permukaan yang telah di cat dengan sealer/undercoat/primer akan membuatkan cat topcoat anda mempunyai kadar lekatan yang lebih tinggi dan akan bertahan lebih lama.


7. KANVAS/KAIN ALAS/RAGS
Kata kononnya “pakar” alas lantai tidak perlu jika anda “sangat pakar” mengecat. Secara peribadi saya kurang setuju dengan kenyataan tersebut. Sepakar mana pun anda kesilapan pasti akan berlaku. Tumpahan, percikan, lelehan cat banyak insiden yang saya lihat kerana tiada alat ini. Pastikan alas lantai anda dengan kanvas/kain alas untuk melindungi lantai anda dari kemalangan akibat cat. Alat ini sangat menjimatkan masa anda dari mencuci dan membersihkan lantai dari kemalangan kecil.
8. KAIN LAP
Sediakan satu kain lap khas untuk mengecat. Kenapa? Jawapan: Jika belaku kesilapan cat lebih mudah di lap dengan kain. Jadikan kain lap ini “standby” untuk sebarang kesilapan semasa mengecat. Kesilapan mengecat jika di selesaikan lebih awal akan menjimatkan kos anda. Sekaligus menjimatkan masa


9. PAINT TRAY
Tray cat ini bertujuan meratakan cat ke roller dengan sekata. Roller yang telah di gelek dengan tray cat mempunyai kadar rata yang lebih baik sekaligus menjimatkan cat anda. Tray cat mempunyai pelbagai jenis kualiti. Dari jenis pakai buang dan jenis yang tahan lama. Pakar kami lebih gemar menggunakan tray cat yang boleh di gunakan berulang kali.
10. MASKING TAPE / PAINTERS TAPE
Kemasan pada sudut, rangka pintu, tombol pintu, alas skirting lantai, cat efek, 2 tone warna dan banyak lagi. Kegunaan masking tape juga memainkan peranan. Kemasan seperti garis lurus lebih memuaskan hati anda. “Painters Tape” mempunyai ciri-ciri yang sedikit berbeza dari masking tape. Tetapi tujuannya adalah sama.

Get in touch
Lot 1658C , Jalan Dahlia
Kg Sg Ramal Dalam
43000 Kajang”
Selangor
temujanji@tukangcat.my
sales@tukangcat.my
Phone : +6 03-89124006
H/P : +6 0133810039