Apa Jadi : Cat tidak di gaul dan di kacau sebelum mengecat?

Apakah alasan anda :
Terlupa? Tak sengaja? Baru di buka semalam? Baru di bancuh pagi tadi? Masih kelihatan “tak perlu dibancuh”

Jawapan :
1. Jika anda tidak membancuh cat dinding anda dengan baik anda akan mendapati applikasi cat anda tidak sekata dan tidak konsisten. (Juga jika berlaku campuran antara bahan cairan lain seperti air dan thinner)


2. Anda akan dapati permukaan dinding anda becapuk-capuk/bertompok-tompok. (Juga jika berlaku campuran antara bahan cairan lain seperti air dan thinner)

3. Tidak melekat pada permukaan lama. Kandungan cat mempunyai beberapa bahan kimia untuk membuatkan permukaan lama melekat pada permukaan baru. Jika cat tidak gaul dengan baik, ia akan merubah komposisi bahan kimia tersebut. Mengurdangkan kadar lekatan menyebabkan cat baru terkopek dan merekah.

4. Warna cat berubah-ubah di permukaan yang di cat. Ini berlaku terutamanya kepada cat yang di bancuh di kedai. Selesai menempah cat pastikan pembekal cat mengocak cat tersebut agar campuran warna cat itu sekata.

5. Perubahan kecerahan warna pada permukaan yang di cat. Cat yang berketumpatan tinggi akan lebih berat dan akan mendak di bawah, menyebabkan perubahan kecerahan berlaku jika cat tidak di gauli dengan baik.

Kesimpulan :

Campuran cairan air/thinner juga boleh menyebabkan kes 1-3. Kami di tukangcat.my menyarankan anda agar ikuti TDS – technical data sheet dari pengilang. Semoga ini dapat memberi penerangan kepada anda

Sekian

Tinggalkan komen